Our RieNiey Journey

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 20, 2012

~Cream Puff~


Jom tengok gambar cream puff saya dulu ye... (^_^)



Gambar di atas semasa di dalam oven. Gambar yang di bawah setelah di isi inti.

Untuk resepi boleh tengok dibawah ataupun layari laman web ini : Dapur Mamasya


Cream Puff Jagung
Sumber , Zaliana, My Resepi

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
* 125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
* 100 gm butter
* 250 ml air
* 1/2 sudu teh gula
* 3 biji telur

 Bahan-bahan untuk inti jagung
* 1 cawan air
* 1/2 cawan susu cair
* 1 cawan jagung dalam tin
* 1/2 cawan tepung kastad
* 5 sudu besar gula

CARA-CARA

Cara-cara untuk puff
  1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
  2. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan.
  3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer. ( Saya guna tangan je :) )
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
  6. *- tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar selama 25 min; 180'C (Masa boleh ditambah ikut kekuningan yang kita nak)
  7. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung


Cara-cara untuk inti
  1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap.
  2. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff




post signature

No comments:

Post a Comment