Our RieNiey Journey

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 17, 2014

Throwback~Majlis Persaraan GB SK Serkat-Pn.Nor'aini bt Daud

Assalamualaikum.
Hari ini punya entri nak cerita tentang Majlis Persaraan GB kami pada 25 Mei 2014. Beliau bersara pada 13 Jun 2014.Majlis diadakan awal kerana tarikh bersara beliau jatuh pada cuti sekolah. Ini cerita yang lepas ye :) Baru nak cerita hari ini. Hehe.

Puan Nor'aini bt Daud. Ya, itulah namanya. Beliau menghabiskan perkhidmatannya di SK Serkat, Pontian, Johor. Lebih kurang 3 tahun beliau berkhidmat di sini. Sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini, beliau sangat saya sukai :). Yes, she like a mother to us. Ok, mungkin ada yang tidak suka dengan kehadiran beliau. Itu hak masing-masing la kan. Apa yang saya tahu, beliau memang sangat baik, berdedikasi, bertanggungjawab dan juga kelakar.

Ibu mana yang tak sayangkan anak-anak kan?? Begitulah juga beliau. Sekiranya ada perkara yang menyakitkan mata atau tidak sepatutnya berlaku, haruslah kena tegurkan. :) Cuma, terpulanglah kepada kita sama ada untuk menerima secara positif atau sebaliknya. Betul tak? Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan ataupun kesalahan. Tiada yang sempurna.

Beliau seorang yang boleh atau mudah dibawa berbincang. Bagi saya, mungkin pandangan orang lain berbeza. Hmmm. Bukan senang memegang tanggungjawab sebagai pemimpin. Tersilap langkah atau percaturan, kita akan dipersoalkan, sama ada sekarang atau pun di akhirat nanti kan? 

Tugasku adalah menyiapkan kereta berhias untuk majlis ini. Ok tak buat sendiri pun bunga atau hiasan tu. Tempah kat kedai je. Mahal la jugak.(RM150 kottt) FUhhh. Kalau pandai baik buat sendiri. Haarus kene belajar buat sendiri lepas ni. Beli barang je.

Cukup cukup sudah. Ok mari kita tengok gamba la pulak ya.


Atas: bergambar bersama Tuan PPD Pontian (kanan-baju batik) dan juga wakil malakoff (kanan sekali)
Bawah: guru-guru SK Serkat 2014
Inilah kereta berhiasnya. Simple je kan :)

Gelagat bersama kereta berhias.
Bawah : Kiri adalah YDP PIBG SK Serkat kini dan selamanya :)

Banner  yang dibuat oleh murid-murid Tahun 6 Bestari SK Serkat 2014

Kek dan hadiah daripada guru-guru (sebahagian), yang lain bagi hadiah lain ye :)

Selamat Bersara!!!

Bergambar kenangan bersama beliau.

 Me bersama beliau. :) masa sesi fotografi. Dah2 jangan tengok lama-lama.

TATA!!!
post signature

No comments:

Post a Comment