Our RieNiey Journey

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 14, 2014

Cara memasukkan 'File PDF, Doc, Excel' ke dalam blog ~ (How to Embed PDF, DOC, XLS Files Into Blogger)

Assalamualaikum.....

Hari ini saya akan menerangkan cara untuk memasukkan file berbentuk PDF, doc, excel ke dalam blog. Saja nak share macam mana nak buat benda ni. Saya pun 'budak baru belajar'. Hihihihi.

Kita tengok gambar step-by-step je la yek. :) Saya menggunakan ilmu ni untuk share bahan-bahan yang berilmu juga untuk kegunaan bersama. Mana-mana bahan yang boleh saya kongsi, saya akan kongsikan bersama anda ye! :)

1. Taip google/drive/google drive pada 'google search'.


2. Pilih Google Drive.


3. Pilih yang pada anak panah tu ye. Kalau nak download pun boleh. Tapi saya guna yang online je.

4. Kemudian, akan keluar page macam gambar ni. Klik pada upload untuk masukkan fail yang kita nak masukkan ke dalam blog :).

5. Pilih fail atau bahan yang kita kehendaki. Klik open.

6. Di bawah, sebelah kanan akan keluar box pop-up bertulis upload complete. Di kotak itu ada nama fail yang kita pilih. Seterusnya, klik pada share.


7. Selepas itu, akan keluar kotak seperti gambar beserta link untuk dimasukkan ke dalam blog. Copy link tersebut ke dalam blog.

8. Kemudian, pembaca blog bolehlah mengambil bahan tersebut melalui link yang diberi menggunakan Google Drive.

Sekian. :)

Boleh juga klik link di bawah untuk versi English yang saya belajar :)


post signature
& 11month++ Aqil

No comments:

Post a Comment